Monday, 2 May 2016

Effort dekatan diri dengan Deen

Last night, I was scrolling down the Facebook when a friend shared a post from iium confession, entitled "Maksiat & Taubat Rutin Harian Aku" . I'm not going to comment anything about her personal stories as that is not my main concern in this post. What has caught my attention was her actions after she changed her life.
And the most interesting part, the effort was all based on her willingness. She got her wake up calls, stumbling and struggling in between , and finally able to keep herself on track.
She is a stranger to me but I am so proud of her. If she can do that all by herself, why can't I.

So I jotted down some of the reminders from her. Hope this helps me as a constant reminder.


1. Jaga solat 5 waktu. Solat awal waktu. Kalau solat terjaga, insyaAllah, hati kita akan sentiasa ingat Allah. Bila dah mula istiqamah, tambah lagi amalan dengan solat sunat. Ringankan tubuh dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah.

2. Cuba fahami maksud bacaan solat. Kalau faham , insyaAllah lebih mudah untuk peroleh khusyuk dalam solat. At least, fahami al-Fatihah.

3. Baca Quran dan terjemahan setiap hari. Kadangkala, mungkin kita tak faham maksud ayat-ayat tersebut walaupun dah diterjemahkan, sebab setiap ayat ada reason kenapa ia diturunkan.  So, cari kisah asbab turun ayat tersebut. Kalau ada masa, attend kelas tafsir al-Quran.

4. Muhasabah sebelum tidur. Taubat diatas dosa hari tu. Mana tahu bangun keesokan hari kita sudah berada di alam kubur. Kita tak tahu bila ajal menjemput. Minta ampun dengan Allah sebelum tidur.

5. Kawan. Orang selalu cakap, jauhi kawan yang jahat , cari yang baik. Tapi, takkan nak putuskan silaturrahim macam tu je. Diorang banyak bantu kita juga dulu. Tapi, bila niat nak cari pembimbing, insyaAllah Allah akan temukan dengan rakan-rakan baru.

6. Spend masa berdoa lepas solat. Cuba untuk duduk, minta keampunan Allah, rahmat Allah, redha Allah. Cuba duduk bedoa.

7. Dekatkan diri dengan agama. Dengar lagu islamik. Tengok video ceramah agama. Tolong diri sendiri dekat dengan agama. Kalau bukan diri kita sendiri, siapa lagi ?

8. Percaya. Percaya dengan rahmat Allah. Percaya Allah akan tolong kita. Percaya setiap tindakan kita didunia ada balasannya. Percayalah.

9. Kalau rasa nak buat jahat, ingatlah neraka Allah macam mana. Allah dah janjikan dalam alQuran balasan syurga dan neraka. Konsep dia senang. Amar ma'aruf , nahi mungkar. Tinggal kita je nak buat ke tak.

10. Jangan terlalu sayangkan dunia. Fikirkan alam kubur, alam akhirat, pengakhiran kita. Kita hidup didunia ni macam exam jugak. Allah bagi ujian, untuk kita race ke syurga. Entertainment dan sebagainya tu akan berakhir. Bila dah mati, tinggal kita dengan amalan kita je.

JANGAN PUTUS ASA. GANJARAN YANG BESAR BUKAN MUDAH NAK DAPAT. KALAU KITA USAHA NAK RAIH CINTA ALLAH, ALLAH AKAN BALAS. INGAT ...


Allah berfirman,
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ
Ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu. (QS. Al-Baqarah [2]: 152)

"SIAPA MENDEKAT KEPADA KU(ALLAH) SEJENGKAL MAKA AKU AKAN MENDEKATI NYA SATU HASTA, SIAPA YANG MENDEKAT KEPADA KU(ALLAH) SATU HADTA, MAKA AKU AKAN MENDEKAT PADANYA SATU DEPA. DAN SIAP YANG MENDEKAT KEPADAKU(ALLAH) DENGAN BERJALAN KAKI, MAKA AKU AKAN MENDEKATINYA DENGAN BERLARI-LARI KECIL." (HR MUSLIM)

Kunci paling utama , ISTIQAMAH , insyaAllah . You can do it !


post signature

No comments:

Post a Comment