Sunday, 12 July 2015

Resepi Pavlova

Alkisah dari semalam lagi dok meroyan dekat mak nak buat pavlova. Tapi siang ikut mak keluar pergi settlekan hal. Ingat lepas berbuka, nak start buat (gigih gila !) hahaha. Lepastu mak cakap ,

"Sape nak makan ? Tolongah buat esok. Tolonglah."  
*please jangan baca dengan nada merayu. Mak memang selalu pakai 'tolonglah' even tak merayu hahaha.

So today, here I am. Fulfilling my PMS craving. Kalau dah nak something sweet, apa pun sanggup T_T


Ikutkan hati, naaaaak je skip house chores harini. Betapa semangatnya. Lol. Geram sebab bahan dah dok ada dalam peti. Bukak peti dok nampak lemon dengan strawberi dok menyengih je kat situ
-____-. Geram betul.


Pavlova ni senang gila nak buat sebab bahan dia sikit cenonet. Tak macam chocolate cake yang nak kena ada cocoa powder bagai. Pffttt .




So for meringue, korang just perlukan :

  • 4 biji putih telur
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 3/4 cawan caster sugar 
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh cuka
  • Buah


For topping , whipping cream je dah cukup. Make sure beli yang dah ready to whip topping. Tak payah dah nak kena rajin tambah icing sugar ke apa. Haha .




Precautions : Putih telur SAHAJA . Jangan ada sikiiiit pun kuning telur . Sebab kuning telur will react as emulsifier. And, make sure mixer korang bersih & suci dari minyak mahupun najis mughollazoh. Ekekekek









Procedures : 

First of all, dengan menggunakan mixer , pukul kesemua 4 putih telur yang dah selamat diasingkan dengan jayanya. Pukul sampai laaa berbuih fluffy macam ni. 







Then, masukkan gula SIKIT DEMI SIKIT. Jangan nak gelojoh tuang semua. Nanti crack korang punya pavlova . Masuk sikit, pukul. Masuk sikit, pukul. Until habis 3/4 cawan caster sugar tadi.
Pukul sampai berkilat. Serious berkilat haha. Buat sampai kalau tonggeng bowl atas kepala pun, tak tumpah meringue korang. Lol.


kalau still meleleh camni, jangan stop. Teruskan je lagi. 

dah terbalikan pun tak jatuh. Haaa. Baru boleh stop pukul.
Gambar kabur sebab tangan terketar dok ambik gambar hahahaha. 


Then, campak je the rest of bahan2 meringue tadi.
1 sudu besar tepung jangung, 1 teaspoon cuka, 1 teaspoon esen vanilla.  And, 1 teaspoon lemon juice (optional. kalau tak letak pun, jadi jugak pavlova tu). Fold dengan spatula sambil berangan join  master chef. Haha.


Then, dah boleh start panaskan oven dengan 150C selama 15 minit. Depends on oven. Kalau jenis panas tu, slow down sikit temperature tu.



Tips bakar meringue : Tempoh nak bakar tu ikut saiz meringue korang. Kalau jenis sebesar pinggan tu, set dalam 1 jam 15 minit. Tapi kalau nak buat sebesar piring je, dalam 30-35 minit, dah cukup dah. Lagi kecik meringue, lagi sekejap timing dia. Haa camtu. Pandai2 lah survive noh.





Then ambik loyang , lapik baking paper, tuang meringue korang atas baking paper. Kalau takda baking paper, pakai aluminium foil pun boleh. Colet2 marjerin sikit atas tu tak nak bagi melekat.

Ada orang, dia lukis siap2, saiz nak sebesar mana. Iollas yang pemalas ini main campak je atas foil tu. Lagi, ada orang pakai piping bag masa nak letak meringue tu. Meh. Iolls campak je. Haha. Macam taik lembu pun ada. Tak senonoh.


Ni saiz dalam sebesar piring.

Patutnya kat tengah tu tak bertanduk hahahaha pemalas gila.
Make sure kawahkan kat tengah, so that senang nak letak topping.
Jangan ikut bertanduk pulak.


Before masukkan dalam oven, turunkan suhu kepada 140C. Again, depends on oven lah.  

Sambil tunggu masak, pukul whipping cream. Jangan tuang sekali gus T_T . Ingatkan tadi buat sekali gus jadi cepat daripada biasa. Rupanya lama jugak. So tuang sikit, pukul sampai kental and jadi creamy, tuang sikit lagi, pukul. Take your time :p . 

And oh, meh nak share secret sikit. Muehehehe. Kalau rasa macam nak bagi manis lagi ( gila punya sweet-tooth tegar) , letak dalam 1 sudu besar susu pekat. Kalau rasa semua benda dah cukup manis, tak letak pun dah sedap gila dah. Haha lol. 



Wewwww. 


Dah siap, jangan keluarkan dari oven terus. Bukak je dulu bagi dia cool down. Biar dalam a few minutes before korang start letak topping. 





Okay disebabkan Anis ini seorang yang agak gigih, so dia ambik segelas mango juice dari peti , gula 1 sudu besar, and gi boil kat atas dapur. Naaaak jugak buat puree even mango takda. Haha. 



Ni saja gedik nak experiment. Kalau korang dah ada mangga, kupas isi mangga tu, then blenderkan je. Lepas tu boleh tuang atas topping tu. Or, pakai kiwi pun boleh. Ya Allah lagi sedap T_T. 
Kalau nak lagi proper, stim lah dulu mangga tu lepas kupas. Lepas dah tender, penyet pakai garfu/sudu. Tu khas bagi yang gigih sahaja. Bagi yang pemalas dan tahu menggunakan kebaikan teknologi, blenderlah. Haha. 



Lepas tu slice strawberry / kiwi / berries / pineapples / whatnots yang korang rasa sedap. Kalau boleh, yang masam2 la sebab meringue dengan topping tu dah manis. Tambah2 yang tambah susu pekat dalam whipping cream tadi pulak . Pehhhh !

Haaaa kalau pakai pisang (rumah ceq takda pisang pulak hari ni) , tak nak bagi pisang tu tukar warna, lepas slice, rendam dalam lemon juice sekejap. Then boleh atur atas topping. 



Nah pavlova with mango puree kecik cenonet layer 2 tingkat gittew. 


kalau rajin, pleaselah slice strawberry tu proper sikit.
Jangan buat tak senonoh macam ni, main letak je haha.
Ni kalau setakat nak makan sensorang, bolehlah. 







btw, baru sedar yang ni baru third time post under category 'resepi'. Memang takda maknanya lah tiap kali pergi dapur nak bawak phone hahaha. Ni pun sebab tadi teringat . Lol.
post signature

1 comment: