Monday, 7 October 2013

Kisah ulat bulu yang hodoh - Just wanna share

Assalamualaikum

"We do too little dakwah, too little tarbiyah , and too much jahiliyyah. Yet we expect to enter Jannah.. ?? Pffft" _ Inche Gabbana

Hehe . Been reading posts from Inche Gabana all day. Kagum dengan gaya dia berdakwah. Haish. Bila lah agaknya saya boleh jadi macam dia.
Join bulatan gembira riang ria, qiam semua bagai. In shaaAllah, biidznillah. Teringin jugak kalau Mak Cik Hidayah nak menjenguk diri ini. Haish. Diri sendir pun tak cari Mak Cik Hidayah , dok mengharap dia cari pula.
Kesat peluh.

Baca posts dia banyak gila hari ni, tapi Alhamdulillah , tak gila lagi. Waras sangat. He used to study in London yet he applies actual Islamic ways in his life and I am inspired. Sangat. Baca punya baca tadi, saya tertarik dengan satu cerita ni. Let me copy paste it for you guys.

So, here's the story


Ada dua ekor ulat bulu berkawan baik. Mereka telah bersahabat sejak kecil sehinggalah sekarang sudah matang, besar, pejal dan err, penuh bulu. Ulat bululah katakan. Seekor bernama Kasim dan seekor lagi bernama Suhaimi.

Suatu hari mereka telah berborak bantal di atas sehelai daun kering, di tepi tebing sebuah sungai.

"Eh Mi,aku sedihlah tengok nasib kita ni..," ujar Kasim.

"Aik kenapa pulak? Aku tengok kita bahagia je selama ni..? Makan cukup, pakaian pon cukup. Burung tak kacau. Apa masalahnya?" Suhaimi membetulkan posisinya kaki-kakinya yang beratus pasang itu, agar dia dapat fokus kepada Kasim. Muayasyah la katakan.

"Entahlah. Kau tengoklah kita ni. Hodoh. Banyak bulu. Kau tengok binatang-binatang lain. Chanteque chanteque je semua. Jeles tahu?!"

"Err.. Kau ni ok tak Sim..? Pehal tetiba emo semacam je ni..?"

"Ye la.. Aku rasa.. Tuhan tak adillah Mi. Ish aku pon tak faham kenapa Dia ciptakan makhluk sehodoh kita ni."

Suhaimi terdiam. Dia hanya mampu tersenyum. Kemudian dia bersuara,

"Sim, kau kenal kan Bedah si rama-rama Helikonius tu..?"

"Uish sapa yang tak kenal..?? Bedah si rama-rama lawa tu. Memang panaaasss! Awat?"

"Kau tahu tak, sebelum dia jadi rama-rama secanteque itu, dia tu apa dan siapa..?"

"Hah..? Bedah tu dulu benda lain ke..? Krisis identiti ni!" 

Suhaimi tersenyum lagi.

"Dia dulu pon ulat bulu macam kita jugak Sim. Malah lagi hodoh lagi. Tu yang dia dah delete semua gambar-gambar lama dia kat akaun MukaBulu dia tu! Pontianak tengok pon takut!"

Kasim terlopong tidak percaya.

"Kita pon macam tu jugak Sim, suatu hari nanti, in shaa Allah. Esok lusa, kita akan melalui suatu proses yang manusia panggil sebagai metamorfosis. Kita akan duduk dalam kepompong dan sepanjang tempoh tu, sedikit demi sedikit, kita akan bertukar menjadi rama-rama. Seperti Bedah, kita juga akan menjadi rama-rama yang kachak lagi bergaya. Kau akan jadi Siproeta epaphus dan aku pula Cethosia cyane. Biidznillah.

Kata kuncinya..? Sabar. Bukan kebetulan Allah jadikan kita macam ni Sim. Banyak hikmahnya. Dia nak tengok kita boleh bersabar atau tidak. Dia mahu lihat kita boleh redha dengan siapa diri kita atau tidak. Dan dia mahu uji, sama ada mujahadah kita cukup kuat atau tidak.

Biarlah kita hodoh dan jelik sekarang ni, dikeji dan dihina oleh makhluk-makhluk lain. Tapi suatu hari nanti, kita akan bertukar menjadi makhluk yang dicemburui dan mempesonakan sesiapa sahaja yang melihatnya. Tapi kena banyak-banyakkan bersabar ah."  

Kali ini Kasim tersenyum. Matanya berkaca-kaca.

"Ok Sim..?"

"Ok!"

Mereka lantas berhigh-five dengan kesemua pasang tangan yang mereka ada.

Ok habis cerita. Amacam? Ceria kan..? Eheh.

"Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaianTAQWA, itulah yang lebih baik..."
[al-A'raf, 7:26]

-gabbana-


Tamat. Well, that's it from him. Inche Gabbana.

Kalau boleh, semua posts dia pun nak share lah. Semua inspiring , tapi tak mampu. Hehehe.

I just copied this one cause it reminds me of my inner side. I mean, I really wish that my inner side can be as beautiful as butterfly. If Allah wills, anything can happen, right ? So I just have to pray harder and put  greater effort, so that I can be a better person. It may look uglier than others at this moment, not as beautiful as others who perform solah punctually, recite al-Quran every time they finish solat, puasa sunat Isnin and Khamis and so on.... but deep in my heart, I wish I can be one of those people. Jealous tengok orang yang boleh istiqamah.

Ya Allah,,, please guide me. Make my soul as beautiful as butterfly. Please...pretty please... I wanna fly to Jannah. Amin.

#This blog is just great. You should read it ! Its a MUST
http://angelwearsgucci.blogspot.com

#currently reading posts under keywords Merepek Kerepek and Arty Farty :)
tapi dah ngantuk . Nak sambung esok pulak . Haha.

post signature

2 comments:

  1. I wanna fly to jannah too... hmmm bulatan gembira aku kadang2 buat aku stress tapi aku sabar and cuba amek pengajaran from everything. kadang2 rasa move terlalu laju pun ada. tetiba dah nak kena jadi daie pulak. aku x ready lagi. i wanna go my own way.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heee :) at least ada laa jugak that kind of thing at ur uni. Mine ? naaaa . hmmm... i dont think im ready jugak but sometimes just feel like wanna give it a try. hehe

      Delete